Selamat menyambut Hari Raya. Persatuan Melayu Victoria mengucapkan Eid Mubarak, Taqad barakallahu mina wa min kum kepada semua umat Islam, khususnya Melayu di Melbourne. Maaf Zahir Batin.
Mesyuarat Agung PMV
Mesyuarat agong ke 2 telah di adakan di Islamic Council of Victoria, 66-68 Jeffcott St. West Melbourne 3003, pada August 2005. Taniah kepada ahli-ahli yang telah dilantik bagi tahun 2005/2006.
Presiden: Khamzah B Arip Naib Presiden:Mohd Zulfikar Mohd Shariff Setiausaha:Nasir Jamaludin Naib Setiausaha: Nasir Mohd Ali Bendahari: Madkhul Sani Media: Zamzuri M.Hussain & Latif Ismail BiroWanita: Salmah Idris & Nor Azilah Biro Pelajar: Aznan Che Ahmad
Berita PMV
Piala Bolasepak Melayu Victoria 2006
Pertandingan Bolasepak Melayu Victoria akan dianjurkan oleh Persatuan Melayu Victoria (PMV) pada hari Selasa 25 April 2006 (cuti ANZ) bertempat di Broadmeadows Valley Park, Melway Ref; 6G3. Pasukan belia dibawah umur 15 tahun dikecualikan dari yuran pendaftaran.
PMV sedang mengadakan penjualan tempahan kad hari raya 1426H, 2005 berharga 1.00 AUD. Kad raya yang melambangkan penggabungan bangsa melayu dari empat negara utama di Gugusan Kepulauan Tanah Melayu di bumi Australia.
SOKONGLAH PERSATUAN MELAYU VICTORIA !
Tempahan kad raya boleh dibuat melalui saudara Amza Arip di talian 04 03434726 atau
melalui email:
Solat Aidilfitri 1426H, 2005
Solat AidilFitri anjuran bersama persatuan-persatuan Islam Monash University, Clayton Campus dan persatuan-persatuan Islam di sekitarnya termasuk Persatuan Melayu Victoria, InsyaAllah akan diadakan pada hari KHAMIS 3 NOVEMBER 2005 (bergantung kepada keputusan ICV) yang akan bertempat di padang Monash University, Clayton.
Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya Aidilfitri 1426H/2005